Amanah, Tugas dan Tanggungjawab

Filed under: by: sufi_jihadi

Semakin hari semakin kuat debaran jantung ini. Saya kini menghitung hari untuk bergelar suami. Macam-macam perasaan yang bergelojak dalam diri ini. Seronok, Sedih, Takut.

Seronok kerana akan sehidup semati dengan orang saya yang sayangi. Sedih kerana perkahwinan adalah amanah Allah. Amanah untuk mendidik keluarga agar tidak terjerumus ke lembah kebinasaan.
Firman Allah yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."

At-Tahrim : 6

Ini bermakna tugas yang diamanahkan ini amat berat dan besar sekali. HambaMU mohon petunjuk, Taufiq dan Hidayah untuk membimbing keluargaku menuju ke jalanMU. Tetapkan hatiku dan hati isteriku agar tidak goyah dalam mengharungi suka dan duka bahtera perkahwinan ini. Takut kerana bimbang diri ini tidak berupaya memikul amanah dan tanggungjawab besar ini.

Walaubagaimana pun, cuba :

1. Cuba buat yang terbaik untuk masa depan keluarga.
2. berUsaha untuk membentuk sebuah keluarga yang di dalamnya mawaddah, mahabbah sakinah dengan  mendidik seterusnya membimbing keluarga agar selaras dengan cara hidup Islam.
3. Berani dan kuat untuk menempuh segala ujian.
4. "Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya."

Segala usaha dan perancangan pastinya saya kembalikan kepadaNYA.

0 ulasan: