Satu Impian

Filed under: by: sufi_jihadi

Posting kali ini, bicara mengenai impian. Setiap individu punya impian tersendiri. Persoalannya, impian akan tercapai atau tidak? Jawapannya bergantung pada diri sendiri. Untuk merealisaikan impian perlu ada perancangan dan tindakan. Tujuannya untuk memastikan impian tersebut tidak menjadi angan-angan kosong sahaja. Impian tinggal impian.

Saya juga punya impian. Impian untuk menjadi seorang usahawaniaga. Usahawaniaga peralatan alat tulis dan buku. Yang bestnya, saya berkongsi impian dengan bakal isteri saya. Bakal isteri saya ingin menjadi usahawaniaga kedai jahit. Apa-apa hal pun CUBA. Cuba. Usaha. Berani dan yakin. pada Allah jua tempat saya mengadu dan memohon. Mari sama-sama kita hayati lagu ini :


Judi oh Judi....

Filed under: by: sufi_jihadi


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَـٰمُ رِجۡسٌ۬ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."
 Al-Maidah : 90

Sekarang timbul pula isu meluluskan judi bola sempena Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia. Apa nak jadi dengan negara Malaysia yang tercinta ini saya pun tidak tahu. Kerajaan yang memerintah sebelum ini mengaku yang Malaysia merupakan model sebuah negara Islam, alih-alih membuat satu kejutan meluluskan lesen judi. Negara Islam tidak menghalalkan judi wahai pemimpin negara Malaysia.

Dengan meluluskan lesen judi akan menambahkan wang masuk negara, tetapi matlamat tidak menghalalkan cara. memang sabda nabi menyatakan "Kemudaratan hendaklah dihilangkan". Tapi kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan juga. Tak sesuai.

Wahai pemimpin negara, sila tarik balik kelulusan tersebut. saya merayu. Saya takut Malaysia tercinta akan ditimpa bala akibat perbuatan ini.

Wahai pemimpin negara, berpeganglah pada Kalam Rabbani yang saya letakkan pada mukaddimah tadi supaya kita semua menjadi hamba yang berjaya di dunia dan di Akhirat.

Walimatul Urus

Filed under: by: sufi_jihadi

Jemput semua sahabat untuk ke Walimah ana. Klik pada kad untuk proses tumbesaran sempurna.

Qallib qulubana a'la deenika wa thoa'tik

Filed under: by: sufi_jihadi

يا مقلّب القلوب ثبّت قلوبنا على دينك و طاعتك
 "Wahai Pengubah Hati,  tetapkan hati kami di atas jalan agamaMU dan (untuk tetap) taat melaksanakan setiap perintah laranganMU" 

Setiap kali selepas solat, (kalau teringat) saya akan lafazkan doa ini. Mohon pada Allah supaya ditetapkan hati saya supaya ikhlas menjalankan tugas dan melaksanakan ibadah mengharapkan redhaNYA. Tugas sebagai 'Imam' ini rupanya mencabar. Mencabar sabar dan iman saya. Macam-macam karenah manusia yang saya jumpa. Ada baik dan begitu juga sebaliknya. Mohon sangat-sangat ya ALLAH, agar diri ini mukhlis.

Akukah itu?

Filed under: by: sufi_jihadi

Seorang missionary kristian telah membuat kesimpulan hasil penglibatannya di dalam misi kristianisasi di negara Islam dengan katanya:

"Islam akan sentiasa gagah menghadapi gerakan kristianisasi selagi disokong oleh empat perkara iaitu: Al-Quran, Al-Azhar, perhimpunan pada hari Jumaat setiap minggu dan muktamar Haji yang diadakan pada setiap tahun". 

Berkata Dr Sa'dudin Soleh, "Tidak syak lagi, orang Yahudi telah berjaya merancang untuk menguasai vatican sebagai pusat agama kristian. Dalam masa yang sama juga mereka telah merancang untuk melemahkan Al-Azhar sebagai pusat ilmu. Sesungguhnya orang Yahudi telah berjaya merancang untuk melemahkan Al-Azhar dan generasi Al-Azhar yang tidak mengerti langsung tentang agamanya".

kredit to : http://mujahideen-islam.blogspot.com

Seram bila terbaca cebisan artikel ini. Ini kerana saya graduan produk Al-Azhar, walaupun cuma setahun sahaja menuntut ilmu di sana. Adakah dakwaan yang mengatakan mahasiswa Al-Azhar semakin tidak berkualiti itu benar? Dakwaan seperti ini sering saya dengar. Adakah itu aku?????.

Nasi bungkus

Filed under: by: sufi_jihadi


Bukan taasub atau fanatik tapi kagum. Amat kagum. masih adakah contoh pemimpin yang seperti beliau?

Amanah, Tugas dan Tanggungjawab

Filed under: by: sufi_jihadi

Semakin hari semakin kuat debaran jantung ini. Saya kini menghitung hari untuk bergelar suami. Macam-macam perasaan yang bergelojak dalam diri ini. Seronok, Sedih, Takut.

Seronok kerana akan sehidup semati dengan orang saya yang sayangi. Sedih kerana perkahwinan adalah amanah Allah. Amanah untuk mendidik keluarga agar tidak terjerumus ke lembah kebinasaan.
Firman Allah yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."

At-Tahrim : 6

Ini bermakna tugas yang diamanahkan ini amat berat dan besar sekali. HambaMU mohon petunjuk, Taufiq dan Hidayah untuk membimbing keluargaku menuju ke jalanMU. Tetapkan hatiku dan hati isteriku agar tidak goyah dalam mengharungi suka dan duka bahtera perkahwinan ini. Takut kerana bimbang diri ini tidak berupaya memikul amanah dan tanggungjawab besar ini.

Walaubagaimana pun, cuba :

1. Cuba buat yang terbaik untuk masa depan keluarga.
2. berUsaha untuk membentuk sebuah keluarga yang di dalamnya mawaddah, mahabbah sakinah dengan  mendidik seterusnya membimbing keluarga agar selaras dengan cara hidup Islam.
3. Berani dan kuat untuk menempuh segala ujian.
4. "Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya."

Segala usaha dan perancangan pastinya saya kembalikan kepadaNYA.