Judi oh Judi....

Filed under: by: sufi_jihadi


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَـٰمُ رِجۡسٌ۬ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."
 Al-Maidah : 90

Sekarang timbul pula isu meluluskan judi bola sempena Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia. Apa nak jadi dengan negara Malaysia yang tercinta ini saya pun tidak tahu. Kerajaan yang memerintah sebelum ini mengaku yang Malaysia merupakan model sebuah negara Islam, alih-alih membuat satu kejutan meluluskan lesen judi. Negara Islam tidak menghalalkan judi wahai pemimpin negara Malaysia.

Dengan meluluskan lesen judi akan menambahkan wang masuk negara, tetapi matlamat tidak menghalalkan cara. memang sabda nabi menyatakan "Kemudaratan hendaklah dihilangkan". Tapi kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan juga. Tak sesuai.

Wahai pemimpin negara, sila tarik balik kelulusan tersebut. saya merayu. Saya takut Malaysia tercinta akan ditimpa bala akibat perbuatan ini.

Wahai pemimpin negara, berpeganglah pada Kalam Rabbani yang saya letakkan pada mukaddimah tadi supaya kita semua menjadi hamba yang berjaya di dunia dan di Akhirat.

0 ulasan: